fbpx

Kakitangan awam Indonesia diarah bekerja dari rumah selepas Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Pembaharuan Pentadbiran dan Pembaharuan Birokrasi Indonesia, Tjahjo Kumolo. - Tribunnews

JAKARTA – Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Pembaharuan Birokrasi Indonesia, Tjahjo Kumolo memberi arahan kepada semua pegawai pembangunan personel (PPK) untuk mengatur jadual bekerja dari rumah (WFH) pasca raya di agensi masing-masing.

Menurut laporan laman Tribunnews, WFH boleh dipohon selama seminggu selepas kemuncak aliran balik hari raya hari ini (Ahad).

“Saya bersetuju dengan pendapat Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo agar agensi kerajaan melaksanakan dasar WFH.

“Semua PPK diharapkan dapat mengatur pembahagian jadual dengan teliti agar perkhidmatan kepada masyarakat terus berjalan seperti biasa,” kata Tjahjo.

Tjahjo menegaskan WFH tidak akan mengganggu perkhidmatan, urusan pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan yang lain.

Ini kerana kerajaan telah melaksanakan Sistem Kerajaan Berasaskan Elektronik (SPBE) yang membolehkan penjawat awam (ASN) negeri bekerja tanpa sempadan ruang dan fleksibel menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.

Pelaksanaan WFH juga dianggap sebagai idea yang baik selepas ASN dan keluarga pulang dari kampung halaman.

Memandangkan wabak Covid-19 masih belum reda, sistem kerja dari rumah juga boleh digunakan sebagai peluang tidak langsung menjalani kuarantin diri untuk beberapa hari akan datang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI