fbpx

Ada yang ‘sakit hati’ tengok Maria Farida terlalu lawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJELITAAN Maria Farida yang tak langsung tak pernah dimamah usia sering mendapat pujian netizen.

SEPANJANG minggu ini, ramai selebriti tanah air berkongsi pelbagai video dalam TikTok.

Namun, ada seorang yang menarik perhatian Diva iaitu Datin Maria Farida.

Dalam video tersebut, Maria kelihatan seronok menari dengan memakai busana berwarna hitam. Cantik sungguh!

Jika golongan muda yang tak mengenalinya, pasti ada yang menyangka dia masih anak dara, padahal umurnya telah mencecah 53 tahun.

Tidak cukup dengan itu, ada pula netizen yang berseloroh rasa sakit hati kerana Maria terlalu lawa.

“Sakit hati pula tengok. Tidak pernah tak lawa!” komen netizen.

“Makan apalah agaknya dia, tak pernah nampak tua, dari dulu sentiasa jelita,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Ramai yang ternanti-nanti petua awet muda daripada Maria. Bolehlah kongsi selepas ini sebelum makin ramai sakit hati.

DIVA: Dalam semua sibuk beraya, jangan lupa Covid-19 masih ada di sekeliling kita. Selalu pakai cecair pembasmi kuman ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI