fbpx
Pelajar membuat pendaftaran sebelum memasuki kolej kediaman di Kampus Sultan Azlan Shah.

5,714 penuntut UPSI mula kembali ke kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 5,714 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mula pulang ke kampus secara berperingkat bermula hari ini sehingga Selasa ini.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, susulan itu pihaknya akan akan mengambil langkah keselamatan dari pelbagai aspek bagi memastikan pelajar dan warga UPSI dalam keadaan selamat daripada sebarang jangkitan Covid-19.

Menurut beliau, sesi kemasukan semula pelajar itu akan dijalankan selama tiga hari dan akan dipantau oleh pihak pengurusan universiti dan majlis mahasisiwa UPSI.

“Pelajar yang terlibat dengan proses pergerakan pulang pelajar fasa dua adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda yang ditentukan oleh fakulti masing-masing.

“Kriteria pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus dipilih berdasarkan keperluan program pengajian, malah pelajar diwajibkan menjalani ujian nasal sewaktu proses pendaftaran bagi mengelakkan berlakunya jangkitan Covid-19,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md Amin berkata, walaupun prosedur operasi standard (SOP) dikurangkan, namun pihak pengurusan universiti masih menitikberatkan proses pergerakan pulang pelajar bagi melindungi komuniti sosial agar berada dalam keadaan selamat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI