fbpx

1,372 kes Covid-19, 3 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 1,372 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,456,736 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 3,610 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,397,881 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan Selangor (480 kes), Kuala Lumpur (264 kes), Pulau Pinang (138 kes), Negeri Sembilan (84 kes), Perak (70 kes), Melaka (60 kes), Johor (57 kes), Sarawak (49 kes) dan Kedah (46 kes).

“Seterusnya, Putrajaya (38 kes), Pahang (25 kes), Terengganu (23 kes), Sabah (22 kes), Kelantan (11 kes), Perlis (tiga kes), Labuan (dua kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,579 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,530 kes.

Sebanyak 23,276 kes aktif dilaporkan melibatkan 22,146 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,025 kes di hospital, 40 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 46 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI