fbpx

Mayat ditemui terapung di Sungai Golok bukan rakyat tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Golok dekat Kampung Simpangan, Tumpat semalam. FOTO IHSAN PEMBACA

TUMPAT – Mayat seorang lelaki bogel ditemui terapung dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya terikat dipercayai mati dibunuh di Sungai Golok dekat Kampung Simpangan di sini dipercayai bukan rakyat tempatan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa dipercayai tinggal di pinggir Sungai Golok yang bersempadan antara Malaysia-Thailand.

Menurutnya, pihak polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk mengenal pasti identiti mangsa.

“Setakat ini, kita belum menerima laporan berkenaan orang hilang dan masih berhubung dengan pihak berkuasa Thailand mengenai perkara itu.

“Hasil bedah siasat terhadap mangsa yang berusia lingkungan antara 30 hingga 40-an mendapati lelaki itu mengalami kerosakan organ dalaman disebabkan berada di dalam air terlalu lama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, mangsa dijumpai oleh orang awam dalam keadaan telungkup di dalam air kira-kira pukul 7.25 pagi. -KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI