fbpx

G3 Global raih kontrak RM118.38 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dirk Quinten

PETALING JAYA – Pakar kecerdasan buatan (AI), G3 Global Berhad (G3 Global) memperoleh kontrak terbesarnya sejak penstrukturan semula perniagaan dengan perjanjian RM118.38 juta untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem keselamatan dan keselamatan bersepadu lapangan terbang (AIS3) untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Ia bakal dilaksanakan dengan kerjasama SenseTime, sebuah syarikat perisian AI terkemuka yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong Limited.

Kontrak itu dianugerahkan oleh Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Malaysia Airports Holdings Berhad yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pentadbiran kemudahan lapangan terbang.

Pengarah Urusan G3 Global, Dirk Quinten berkata, dalam era pra-pandemik, KLIA dan klia2 memberi perkhidmatan kepada 62.3 juta penumpang, yang mana hampir 72 peratus atau 44.6 juta daripadanya melibatkan ketibaan antarabangsa.

“Selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa, trafik lapangan terbang pasti akan pulih dan terdapat keperluan yang besar untuk sistem pengurusan keselamatan pintar yang maju dari segi teknologi untuk kedua-dua lapangan terbang.

“Sistem AIS3 kami hadir dengan keupayaan AI yang cekap, bersepadu dan mempunyai keupayaan analisis data lanjutan bagi membantu untuk mencapai keputusan lebih pantas dan lebih baik dalam mengukuhkan pengurusan keselamatan lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan.

Projek AIS3 dijangka siap menjelang Mac 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI