fbpx

18 sekeluarga terselamat banglo terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banglo yang musnah terbakar pagi tadi.

SHAH ALAM – Kemeriahan sambutan Aidilfitri buat 18 sekeluarga bertukar suram apabila banglo dihuni mereka di sekitar Seksyen 7 di sini, terbakar awal pagi tadi.

Kebakaran kira-kira pukul 2 pagi berlaku ketika semua mangsa termasuk sembilan kanak-kanak sedang nyenyak tidur di rumah berkenaan.

Kesemua mangsa yang pulang beraya itu bagaimanapun terselamat dan berjaya keluar dari banglo dua tingkat berkenaan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 29 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 2.06 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati api marak memusnahkan tingkat atas banglo tersebut.

“Kebakaran itu melibatkan bumbung, pendawaian dan dua bilik tidur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, rumah berkenaan terbakar 80 peratus dengan api berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam.

“Ketika kejadian, 18 sekeluarga berada di dalam rumah berkenaan manakala pemiliknya tiada di situ.

“Kesemua mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan wanita bersama sembilan kanak-kanak berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum ketibaan bomba,” ujarnya.

Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI