fbpx

Wanita dua kemaluan lahir anak secara normal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haxton selamat melahirkan Stella ketika usia kandungan 41 minggu pada Ogos lalu. – Caters News

JUNEAU, ALASKA – Seorang wanita yang mempunyai dua vagina di negeri Alaska, Amerika Syarikat  selamat melahirkan seorang bayi perempuan melalui proses kelahiran secara semula jadi meskipun berdepan risiko tinggi, lapor akhbar Metro UK semalam.

Stephanie Haxton, 29, menghidap keadaan luar biasa digelar uterus didelphys enam tahun lalu, selepas menjalani pemeriksaan rutin ginekologi.

Ia  bermaksud dia mempunyai dua uterus yang berfungsi penuh, sekali gus meningkatkan risiko keguguran.

“Apabila diberitahu bahawa saya menghidap keadaan itu sejak dari usia muda, saya sering berfikir tidak akan memiliki  anak. Jadi, saya tidak pernah meletakkan harapan,” katanya.

Tambah Haxton, ketika mendapat tahu bahawa dia hamil, kehamilannya diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi. Jadi, dia perlu melakukan pemeriksaan ultra bunyi setiap minggu.

“Saya juga diberitahu bahawa agak sukar untuk mengandungkan bayi ini dalam tempoh kehamilan penuh kerana rahim  saya amat kecil,” ujarnya.

Bayinya, Stella, berada pada serviks sebelah kiri, yang bermaksud bahawa dia hanya membesar pada bahagian kiri perut Haxton.

Doktor juga bimbang bayi tersebut tidak dapat berpusing apabila semakin membesar.

Meskipun Haxton dijangka perlu menjalani pembedahan kecemasan, Stella akhirnya dilahirkan ketika usia kandungan 41 minggu pada Ogos lalu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI