fbpx
ANTARA rumah penduduk yang terjejas akibat banjir di Pekan Nanas, Pontian, Johor.

Ujian Syawal, 199 terpaksa beraya di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 199 mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir dan kebakaran di negeri ini setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan memberitahu, tiga PPS dibuka di Pontian akibat banjir manakala sebuah lagi PPS dibuka di Mersing akibat kebakaran.

“Tiga PPS di Pontian menempatkan 168 mangsa daripada 31 buah keluarga manakala PPS di Mersing menempatkan 31 mangsa daripada dua buah keluarga.

“PPS yang dibuka di Pontian adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, SK Sri Bunian dan SK Sri Bukit Panjang manakala PPS di Mersing adalah di Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang,” menurut kenyataan itu.

DUA buah rumah musnah dalam kebakaran di Mersing, Johor semalam.

Tambah kenyataan tersebut, banjir yang berlaku di Pontian adalah disebabkan oleh hujan lebat berterusan yang berlaku bermula pukul 5.30 pagi semalam.

“Dalam pada itu itu, kebakaran yang dilaporkan berlaku pada pukul 6.30 petang di Mersing pula melibatkan dua buah rumah,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN