fbpx

Pemandu Saga FLX ditahan memandu secara bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Proton Saga FLX yang dipandu secara melulu dan berbahaya di Kilometer 17, Jalan Beruas-Parit-Ipoh dekat Pekan Parit yang tular dalam media sosial semalam.

IPOH – Polis menahan seorang lelaki yang dikesan memandu secara berbahaya di Kilometer 17 Jalan Beruas-Parit-Ipoh dekat Pekan Parit selepas video kejadian itu tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, rakaman video itu dikesan pada pukul 9.35 malam di mana memaparkan sebuah kereta Proton Saga FLX dipandu secara melulu hingga boleh mendatangkan bahaya.

Katanya, berdasarkan rakaman itu juga, kereta berkenaan dilihat memotong barisan dan garisan berkembar.

“Bertindak atas maklumat, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak telah berjaya mengesan pemandu kereta jenis Proton Saga FLX itu yang beralamat di Pusing, Batu Gajah.

“Semasa tangkapan dilakukan, lelaki terbabit mengaku memandu kenderaan tersebut pada pukul 3.40 petang, semalam, seperti mana rakaman tular,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek telah ditahan dan kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI