fbpx

Kekasih beri alasan sibuk tolong mak, rupanya ‘dating’ lelaki lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kekecewaan seorang pemuda melihat kekasih hatinya curang bersama lelaki lain.

PETALING JAYA – Seorang pemuda kecewa melihat kekasihnya keluar bersama lelaki lain sedangkan ketika dihubungi dia memaklumkan sedang sibuk membantu ibunya meraikan tetamu yang hadir beraya ke rumah.

Menerusi rakaman yang dikongsikan seorang pengguna media sosial, dapat dilihat pemuda berkenaan menelefon kekasihnya dan bertanya tentang keberadaannya ketika itu untuk melihat kejujuran gadis tersebut.

“Hello sayang, ada dekat mana,” tanya pemuda tersebut.

Namun, jawapan yang diberikan kekasihnya amat mengejutkan dan menyebabkan pemuda tersebut menitiskan air mata saat melihat orang yang disayangi keluar bergembira bersama lelaki lain.

“Ada dekat rumah, tengah tolong mak, ada saudara nak datang raya, ramai betul,” jawab gadis berkenaan.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berduka melihat kesedihan pemuda tersebut kerana telah ditipu kekasihnya.

Sementara itu, ada yang tetap memberikan kata-kata semangat dan meminta pemuda itu meninggalkan gadis tersebut kerana dengan jelasnya dia tidak bersikap jujur dalam perhubungan mereka.

“Tinggalkan sahaja perempuan macam itu, terang-terang dia tipu kau, buat apa setia, kalau dia sendiri tak tahu hargai,” pesan Amiruddin.

“Kenapa tak cakap sahaja saya ada di rumah awak ini, tengok apa pula dia nak cakap,” ujar Fieza.

“Tabah lah abang, mungkin dia bukan jodoh yang baik, sebab itu Allah tunjukkan perkara ini jadi depan mata kau, harap kau boleh nilai cinta dia lepas ini, ikhlas atau sebaliknya,” kata Fad Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI