fbpx

Kebakaran : 31 mangsa tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (dua dari kanan) meninjau keadaan dua buah rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Gajah Mati, Mersing, hari ini.

MERSING – Kemeriahan Syawal yang disambut 31 ahli keluarga di Kampung Gajah Mati di sini bertukar tragedi apabila dua buah kediaman mereka musnah dijilat api ketika sedang memasak ketupat palas untuk disedekahkan semalam.

Mangsa, Zawiyah Ripin, 54 berkata dalam kejadian pukul 4.45 petang itu turut menyebabkan 12 kucing belaannya mati.

Katanya, kejadian itu berpunca daripada tempat memasak di bengkel membuat ketupat palas yang terletak di bahagian tengah antara dua buah rumah terbabit.

KEADAAN dua buah rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Gajah Mati, Mersing, semalam.

“Api marak dengan cepat hingga menyebabkan rumah kami yang diperbuat daripada dinding separuh kayu dan batu musnah dalam dalam masa kira-kira 10 minit. Ketika itu ahli keluarga sedang memasak ketupat palas.

“Saya juga sempat mencabut kepala gas dapur namun api gagal dikawal dan terus merebak ke dinding kayu. Ekoran itu ahli keluarga lain yang sedang berehat lari menyelamatkan diri dan kenderaan apabila api semakin marak.

“Lebih menyedihkan 12 kucing kesayangan saya yang dikurung di dalam sangkar juga tidak sempat diselamatkan dan mati dalam kebakaran itu,”katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI