fbpx

Janna Nick bakal ada pusat tahfiz sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon popular, Janna Nick kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz yang terletak di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Janna ketika dihubungi Kosmo! berkata, pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu menelan belanja kira-kira RM6 juta.

“Jujur saya katakan sebenarnya sudah lama pasang impian untuk memiliki sebuah rumah tahfiz dan anak yatim sendiri. Semoga Allah SWT mudahkan urusan pembinaan dan hasrat murni ini.

“Saya juga bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah ini,” katanya.

Tambah Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, dia memilih lokasi tersebut kerana di sanalah tempat dia dibesarkan dan terlalu banyak kenangan di kampung tersebut.

“Lokasi Kampung Bukit Kechil dipilih kerana di situ tempat saya membesar selain atas kepercayaan penuh AJK masjid yang sememangnya terdiri daripada ahli keluarga saya sendiri.

“Setakat ini, kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi termasuk kerja-kerja menambak tanah.

“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini semuanya menelan belanja RM6 juta. Buat masa ini kami baru ada RM500,000 dan jika dana sudah melebihi RM2 juta, kami akan mulakan pembinaan,” ujarnya.

Menurut Janna, tempoh dua tahun diperlukan bagi menyiapkan keseluruhan pusat tahfiz tersebut sebaik sahaja kerja pembinaan dimulakan kelak.

“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah bermula darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Harapnya impian kecil ini mampu jadi kenyataan dengan bantuan anda semua.

“Walaupun kos untuk menyiapkan pusat tahfiz ini agak besar, tapi saya percaya dengan kuasa sedekah, insya-Allah semuanya akan dipermudahkan Allah,” katanya.

Terdahulu, bekas pengacara Melodi itu turut berkongsi hasrat murni mengenai pembukaan kompleks tahfiz tersebut dalam Instagram dan mendapat pujian pengikut serta rakan artis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI