fbpx

Biawak ‘menghendap’ di bilik mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biawak ini menempel pada dinding dan tidak bergerak, seakan-akan mengintip orang yang sedang mandi. – Instagram @info_etam

JAKARTA – Aksi seekor biawak yang dirakam memanjat dinding sebuah bilik mandi di Indonesia menjadi tular dengan netizen berseloroh bahawa haiwan itu mungkin sedang menghendap manusia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Klip video yang dimuat naik dalam akauan Instagram @info_etam itu memaparkan seekor biawak ‘melekat’ pada dinding bilik air dan tidak bergerak, seolah-olah mengintip orang sedang mandi.

“Seekor reptilia dilihat sedang menghendap di bilik mandi seorang penduduk,” demikian menurut keterangan pada hantaran itu.

Rakaman itu menjadi tular dengan ada dalam kalangan netizen yang berseloroh bahawa daging biawak itu boleh digunakan tuan rumah untuk memasak rica-rica.

Rica-rica merupakan sejenis makanan Indonesia yang berasal dari Manado, Sulawesi Utara.

“Hanya perlu membeli rempah-ratus untuk memasak rica-rica sahaja kalau begini,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI