fbpx

Hati-hati mekanik ‘cekik darah’ di lebuh raya – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazri menyempurnakan simbolik Pelancaran Ops Selamat 18 Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Rembau di Plaza Tol Pedas Linggi, di sini, hari ini. - FOTO NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan khususnya di kawasan sekitar Pedas Linggi-Simpang Ampat, di sini diingatkan supaya berhati-hati dengan kehadiran mekanik yang mengambil kesempatan mengaut untung pada musim perayaan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, peringatan itu dibuat bagi mengelakkan pemandu membayar lebih dari caj sepatutnya sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya menerima satu laporan berhubung penipuan biarpun kes tersebut agak banyak dikongsikan di dalam media sosial.

“Orang ramai yang berdepan masalah kerosakan kenderaan di lebuh raya dinasihatkan supaya menghubungi panel insurans kenderaan masing-masing, pihak syarikat konsesi lebuh raya dan Angkatan Pertahanan Awam melalui Op Prihatin yang dilancarkan bermula 30 April sehingga 7 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 18 Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Rembau di Plaza Tol Pedas Linggi, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hazri berkata, fokos utama ops berkenaan adalah bagi memastikan kelancaran lalu lintas, keselamatan harta benda dan menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI