fbpx
SHAHIRRA nekad untuk tidak meletakkan harapan kepada mana-mana pihak terutama dalam bisnes yang diusahakan.

Pengalaman pahit yang mematangkan diri dan bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERLALU meletakkan harapan sepenuhnya kepada pihak lain dalam sesuatu perkara mungkin boleh mendatangkan impak buruk pada akhirnya.

Tidak kisahlah berharap dalam apa jua perkara, ia boleh jadi dari segi pertolongan, bantuan, jasa dan lain-lain.

Itu antara pengalaman pahit yang terpaksa ditelan Shahirra Shahrul Asmawi dan suami sewaktu mula-mula membina tapak dalam dunia perniagaan.

Membuka cerita, Shahirra memberitahu, dek kerana terlalu berharap kepada orang lain untuk maju ke hadapan dalam bisnes, akhirnya ia ‘memakan’ diri sendiri.

“Waktu itu saya dan suami memang belum pandai selok-belok cara membuat iklan bagi mempromosikan produk secara dalam talian.

“Jadi, kami mengambil keputusan untuk mengupah pihak ketiga sebagai konsultan bagi membangunkan laman sesawang tersebut.

“Namun, setelah membayar puluhan ribu ringgit, hasil jualan masih juga tidak menguntungkan dan akhirnya mengalami kerugian yang bukan sedikit.

“Produk yang kami tawarkan langsung tidak mendapat sambutan walaupun banyak wang telah dilaburkan,” katanya kepada Aura.

BARISAN ejen dan pengedar yang banyak membantu membangunkan perniagaan dibangunkan Shahirra dan suami.

Jelasnya, bermula dari situlah, dia mula terapkan dalam diri untuk tidak lagi meletakkan harapan 100 peratus kepada orang lain bagi memajukan perniagaan sendiri.

“Saya sedar dalam perniagaan atau apa jua perkara, tidak akan ada jalan pintas untuk kita berjaya walaupun kita ada wang sebanyak mana pun.

“Kita sendiri wajib tahu selok-belok perniagaan termasuk bagi tujuan promosi sebelum mengambil keputusan untuk mengupah sesiapa agar tidak mudah ditipu di kemudian hari.

“Untuk sampai ke tahap ini, saya mengambil masa empat tahun untuk belajar dan menimba pengalaman,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Meneruskan cerita, Shahirra berkata, tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk penjagaan wajah ampoule booster mereka sendiri pada Jun tahun lalu di bawah label syarikat diasaskannya adalah disebabkan minat berniaga selama ini.

“Sebelum mengasaskan label tersebut, memang saya ada mengeluarkan produk yang lain untuk wanita seperti minuman botani untuk penggalak susu ibu, minuman botani untuk ibu hamil dan beberapa barangan lagi.

“Titik tolak kepada permulaan bisnes ini adalah ketika mengandung anak pertama, saya mengalami alahan dan amalkan beberapa khasiat daripada buah tertentu yang berkesan tanpa mengambil ubat-ubatan yang hanya bersifat menahan, bukan menyembuh.

“Jadi, dari situ timbullah rasa tanggungjawab untuk mengeluarkan minuman botani bagi memudahkan wanita yang memerlukannya tanpa perlu mereka bersusah payah menyediakan bahan diperlukan,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan perniagaan untuk lima hingga 10 tahun akan datang, anak jati kelahiran Kampung Gajah, Perak itu berkata, dia bakal memperluaskan produknya ke pasaran luar negara seperti Indonesia.

“Alhamdulillah, walaupun belum sampai setahun kami beroperasi, saya bersyukur telah melahirkan lebih daripada 5,000 ejen dan jumlah tersebut akan meningkat kepada 20,000 menjelang hujung tahun ini.

“Saya juga berbangga kerana produk kami telah pun memasuki pasaran Singapura dan bakal dikembangkan ke beberapa negara ASEAN seperti Indonesia tidak lama lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN