APAKAH hukum menjalankan urusan jual beli kucing kerana saya pernah mendengar, ada pihak mengatakan ia tidak dibolehkan dalam Islam? Jawapan: Ulama fekah berkhilaf pendapat tentang hal ini. Ada sejumlah ulama melarang, manakala majoriti ulama membenarkan menjual atau membeli kucing. Ini seperti kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) ketika mensyarah hadis larangan menjual kucing: “Adapun larangan (memakan) harga (jualan) kucing, maka itu atas andaian ia tidak bermanfaat atau larangan tanzih (makruh tidak haram) agar orang ramai terbiasa dengan memberi dan meminjamkan kucing……