fbpx

YouTuber tersohor dikecam promosi syarikat judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik oleh YouTuber tersebut.

PETALING JAYA – Seorang YouTuber popular dikecam selepas didakwa mempromosikan iklan judi dalam satu kandungannya sehingga menjadi bahan bualan orang ramai.

Dalam video tersebut, YouTuber terbabit menjelaskan video kandungan itu ditaja oleh sebuah syarikat judi yang terkenal di Malaysia.

“Yang sponsor untuk video kali ini adalah xxxx,” ujarnya di YouTube.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @naqibfaiq, memuat naik sebuah ciapan dengan rasa meluahkan kesal terhadap perbuatan lelaki itu.

“Dik, judi itu salah satu dosa besar dan lelaki ini cuba mengajak orang ramai terlibat dengan mempromosikan laman sesawang syarikat perjudian itu,” tulisnya di Twitter.

“Ketahuilah yang promosi maksiat itu haram. Buang video tersebut kalau masih ada iman dan bertaubatlah,” tambahnya.

Sementara itu, ciapan itu meraih 7,192 ulang ciap dan 9,114 tanda suka serta rata-rata orang ramai meninggalkan reaksi menerusi ruangan komen.

“Jangan kerana duit kita buat perkara yang agama larang. Muhasabah untuk diri sendiri dan kita semua,” tulis seorang pengguna @bangkuchai.

“Kenapa terima sponsor dan promosi syarikat judi? Saya doakan kita semua diberikan kekuatan iman,” komen @Muhammadabrahman.

Selain itu, netizen turut mendoakan agar YouTuber itu diberikan hidayah dan tidak mengulangi perbuatan yang dilarang agama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI