fbpx

Puluhan ribu pengguna tutup akaun selepas Elon Musk beli Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TWITTER berkata bahawa kadar turun naik dalam kiraan jumlah pengikut berlaku disebabkan penutupan akaun oleh pengguna. - Getty

WASHINGTON – Sejak berita mengenai bilionair Elon Musk membeli Twitter tersebar, berpuluh-puluh ribu pengguna terutamanya di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menyahaktif akaun mereka, lapor akhbar Metro UK semalam.

Perkara itu disedari oleh pengguna laman Twitter terutamanya individu berprofil tinggi dan ahli politik. Mereka menyaksikan penurunan mendadak dalam bilangan pengikut masing-masing.

Twitter mengesahkan kepada rangkaian televisyen NBC News bahawa penyahaktifan akaun secara besar-besaran itu dilakukan oleh pengguna sebenar (manusia) dan bukannya bot atau program automasi. 

Pada Selasa lalu, Twitter berkata, kadar turun naik dalam bilangan penggunanya berlaku disebabkan oleh penutupan akaun. Berdasarkan akaun yang kehilangan pengikut, nampaknya pengguna berhaluan kiri memilih untuk keluar daripada  platform itu.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang memiliki pengikut paling ramai di Twitter telah kehilangan lebih 300,000 pengikut,  manakala Alexandria Ocasio-Cortez hilang lebih 11,000 pengikutnya  sejak berita pemilikan Twitter oleh Musk diketahui umum.

Sebaliknya, ahli politik berhaluan kanan seperti anggota Kongres Parti Republikan, Marjorie Taylor Greene mencatat peningkatan bilangan pengikut hampir 100,000 pada akaun rasminya dalam tempoh hanya 24 jam.

Greene merupakan penyokong bekas Presiden AS, Donald Trump. Trump disekat secara kekal daripada Twitter kerana menyebarkan maklumat salah mengenai  Covid-19. 

Reaksi itu tidak terhad hanya di AS dengan pemimpin berhaluan kanan seperti Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mencatat kira-kira 90,000 pengikut baharu.

Bukan sahaja ahli politik, malah penghibur berhaluan kiri seperti Katy Perry dan Taylor Swift masing-masing kehilangan lebih 200,000 dan 100,000 pengikut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI