fbpx

Manchester United dijangka tewas lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEM United kini dilaporkan terpecah kepada dua puak selepas mereka gagal mempertahankan kedudukan untuk mara ke saingan Eropah apabila tewas dalam dua perlawanan lalu. – AFP

MANCHESTER – Manchester United akan kembali turun menghadapi perlawanan ke-35 musim ini menentang Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok dengan semangat yang paling lemah selepas tewas dua perlawanan berturut-turut.

Kekalahan kepada Liverpool dan Arsenal menyebabkan Uni­ted kini berada pada kedudukan yang agak getir berbaki empat perlawanan sama ada mereka mampu untuk menyelamatkan maruah dengan mara ke saingan Eropah musim depan.

Legenda United, Gary Neville yang kini menjadi pengulas sensasi bola sepak di England percaya bahawa Chelsea tidak akan berdepan kesukaran dan mampu dengan mudah memalukan Uni­ted di laman sendiri nanti.

Menurutnya, Chelsea ketika ini hampir pasti mampu untuk mengakhiri saingan di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris selain sedang memiliki semangat yang tinggi menjelang aksi final Piala FA.

“United tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka, saya tidak nampak ada elemen yang mampu untuk pasukan itu memulihkan kembali semangat mereka terutama selepas melihat kedudukan ketika ini.

“Chelsea pula dalam keadaan selesa menguasai kedudukan ketiga, mereka akan ke Old Trafford untuk terus mendapatkan mata. Ia akan menjadi perlawanan yang mudah buat mereka, tetapi jika mereka tewas, masalah besar bakal menanti Chelsea,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat laporan bahawa para pemain United ketika ini sudah hilang kepercayaan terhadap pengurus mereka, Ralf Rangnick apabila masing-masing sedang bersiap menyambut kehadiran pengurus baharu, Erik Ten Hag

Kekalahan kepada Arsenal 1-3 Sabtu lalu menyaksikan mereka mencatat kekalahan keempat berturut-turut di tempat lawan sekali gus terkeluar daripada kedudukan untuk mara ke sai­ngan Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI