fbpx

Ebit Lew belanja juadah berbuka penghuni penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew beri sumbangan makanan juadah berbuka puasa kepada salah seorang penghuni penjara.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew bermurah hati apabila berbelanja juadah berbuka puasa buat penghuni penjara di Rutan Salemba Jakarta, Indonesia.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ebit Lew meluahkan rasa sebak berbuat demikian di samping memberi tazkirah buat penghuni penjara tersebut.

“Sebak sayu rasa semasa jamu belanja buka puasa bagi penghuni penjara Rutan Salemba Jakarta, Indonesia.

“Lebih 6,000 orang di penjara ini, saya juga sempat memberi sedikit tazkirah buat mereka, ramai juga yang kenal saya, hormat dan tekun mendengar,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, penceramah itu turut mendoakan supaya tuhan memberi rahmat kepada penghuni penjara terbabit.

“Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat mereka semua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI