fbpx

Demi nak anak, Jessi mahu bekukan telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSI

PEMINAT setia rapper popular Jessi pasti mengenali dan tahu keinginan penyanyi itu yang berhasrat untuk mempunyai anak sendiri.

Terkenal sebagai penyanyi mempunyai peribadi selamba dan terbuka, wanita itu sekali lagi meluahkan hasrat tersebut ketika muncul sebagai tetamu bagi program Superman Returns.

Jessi ditanya tentang foto seorang bayi yang dimuat naik dalam media sosialnya.

“Mestilah, sebab itu saya mahu membekukan sel telur saya nanti.

“Saya memang suka anak-anak kecil. Saya dapat rasakan mereka juga sukakan saya,” jawab Jessi spontan.

Tambah penyanyi lagu Zoom itu, tidak dinafikan penat untuk menjaga kanak-kanak, tetapi semua lelah pasti hilang apabila dapat meluangkan masa bersama mereka.

Sebuah video memaparkan Jessi bermain dengan anak kepada seorang selebriti iaitu Sayuri dalam program The Return of Superman baru-baru ini menuai perhatian peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI