fbpx

3,471 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 3,471 kes termasuk 10 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,440,383 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan 6,900 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 4,346,421 kes.

“Mengikut pecahan kes harian semalam, kategori satu sebanyak 1,118 kes (32.21 peratus), kategori dua sebanyak 2,326 kes (67.01 peratus), kategori tiga sebanyak 11 kes (0.32 kes peratus), kategori empat sebanyak lapan kes (0.23 peratus) dan kategori lima pula sebanyak lapan kes (0.23 peratus).

“Dalam masa sama, daripada 27 kes kategori tiga, empat dan lima, lima kes (18.52 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 13 kes (48.15 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan sembilan kes (33.33 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 13 kes (48.15 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 14 kes (51.85 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 98 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat enam kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,526 kes serta empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,520 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI