fbpx

Rider maut langgar pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal penghantar makanan yang maut dalam kemalangan berdekatan Kampung Baru Semenyih, awal pagi tadi.

KAJANG – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di kilometer 30 Jalan Kuala Lumpur-Seremban berdekatan Kampung Baru Semenyih, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 6.40 pagi tadi.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Sempurna Jaya.

“Lelaki itu telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang sedang bergerak perlahan dari Semenyih menghala ke arah Broga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa yang berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah sebelum disahkan mati di lokasi kejadian dan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat.

Tambahnya, pemandu Ford Ranger pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 012-945465 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI