fbpx

Penuntut USM maut jatuh tingkat lapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian di Desasiwa Restu, USM di George Town malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang penuntut dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lapan Desa Siswa Tekun malam tadi.

Mangsa, Lukman Hakim Mat Rani, 22, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di pekarangan bawah bangunan berkenaan.

Allahyarham Lukman Hakim

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian melibatkan seorang penuntut di universiti berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam.

“Mayat pelajar tersebut kini berada di Hospital Pulau Pinang bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan termasuk ujian saringan Covid-19.

“Polis mengenal pasti rakan sebilik si mati dan akan memanggil mereka untuk beri keterangan mengenai kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Soffian memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis ketika ini mengklasifikasikan kematian pelajar tersebut sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI