fbpx

Kursus TVET platform pekerjaan buat pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Perhimpunan April 2022 dan Iftar KPLB di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membuka peluang kepada 500 pelajar tahfiz untuk mengikuti kursus-kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di institusi pendidikan TVET di bawah kementerian tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mereka yang menyertai kursus TVET tersebut akan mengikuti pembelajaran selama enam bulan sebelum diberikan sijil mengikut kemahiran yang dipilih masing-masing.

“Sekiranya pelajar tahfiz itu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka boleh menyertai kursus kemahiran ditawarkan seperti membaiki motosikal atau penghawa dingin.

“Apabila selesai menjalani kursus mereka akan menerima sijil bagi membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Iftar KPLB di sini hari ini.

Pada program itu, beliau menyampaikan sumbangan kementerian melalui Kelab Kebajikan dan Sukan KPLB berupa wang tunai kepada 103 penerima yang terdiri daripada kakitangan KPLB,Institut Kajian Desa (INFRA) , pengawal keselamatan dan petugas syarikat fasiliti.

Pada masa sama, Mahdzir berkata, pihak kementerian juga giat menjalankan projek-projek pembangunan rakyat di kawasan luar bandar.

“KPLB akan memantau projek sedia ada supaya ia berjalan mengikut garis masa yang telah ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI