fbpx

Posmen maut kereta dipandu bertembung Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Perodua Viva dipandu mangsa kemalangan maut di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

TAPAH – Seorang posmen maut setelah kereta dipandunya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai petang tadi.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mohamad Nurazreen Faizal Zul, 30, yang memandu Perodua Viva meninggal dunia di Hospital Slim River ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Slim River menghala ke Bidor.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan.

“Sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berada di laluan Sungkai menghala ke Slim River tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan kereta mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan dirujuk ke Hospital Slim River untuk rawatan manakala pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang bertugas di Pejabat Pos Tanjung Malim bagaimana pun disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River pada pukul 8.30 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI