fbpx

JDT dimalukan Kawasaki Frontale 5-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi Rasid berjaya melepasi dua pemain pertahanan Kawasaki Frontale perlawanan Liga Juara Juara Asia (ACL) kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Setelah mengharungi kempen Liga Juara-juara Asia (ACL) dengan keputusan yang membanggakan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya tumbang dimalukan kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan kelab nombor satu Asia itu memintas skuad Harimau Selatan untuk menghuni kedudukan pertama Kumpulan I dengan mengutip lapan mata, satu mata di hadapan JDT.

Pada perlawanan itu, JDT turun beraksi tanpa kehadiran beberapa pemain utama yang direhatkan antaranya Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi, Natxo Insa, Leandro Velázquez dan Shahrul Saad.

Walaupun ketiadaan beberapa pemain utama, skuad bimbingan Benjamin Mora itu tetap berjaya mempamerkan aksi bertenaga pada 10 minit pertama dengan melakukan tekanan serta menguji keampuhan benteng pertahanan lawan.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak bertahan lama apabila juara Liga 1 Jepun itu berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-14 setelah dihadiahkan sepakan percuma apabila Yu Kobayashi dijatuhkan Mauricio Nascimento.

Yasuto Wakizaka yang diberikan tanggungjawab mengambil sepakan percuma itu bijak melepaskan rembatan ke arah penjuru kanan gawang yang tidak terjangkau oleh penjaga gol, Farizal Marlias.

Pasukan kendalian Toru Oniki tampil dengan aksi berbeza berbanding perlawanan sebelum ini apabila lebih ghairah menyerang dengan menggunakan kelincahan Chanathip Songkrasin, Akihiro Ienaga dan Ten Miyagi mendatangkan masalah buat pasukan tuan rumah.

Pada minit ke-16, giliran Kobayashi pula melakukan percubaan tepat ke pintu gol JDT namun kini Farizal lebih bersedia mematikan rembatan lemah itu.

Setelah beberapa kali melakukan serangan, Kobayashi akhirnya berjaya memperoleh gol yang diburu pada minit ke-31 bagi meletakkan Kawasaki Frontale di kedudukan selesa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI