fbpx

BSN tawar pakej ‘Keuntungan Berganda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Institusi Perbankan di Malaysia sememangnya menawarkan pelbagai kemudahan produk kewangan dan perbankan yang sesuai serta memenuhi keperluan pengguna.

Bank Simpanan Nasional (BSN) juga tidak ketinggalan apabila, menawarkan kempen pembiayaan peribadi menarik iaitu ‘Keuntungan Berganda’. 

BSN menerusi kempen ‘Keuntungan Berganda’ menjanjikan dua (2) kali ganda keuntungan kepada pelanggan yang melanggan produk Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit/i.

Keuntungan Berganda

Menerusi kempen ini, pelanggan boleh memohon pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan yang rendah dan berpeluang memenangi hadiah berupa BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) bernilai RM100.

Tawaran ini terbuka kepada 500 pelanggan yang terawal dengan jumlah pembiayaan melebihi RM100,000 dan sah sehingga 30 Jun 2022. 

Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah Cabutan BSN SSP setiap bulan.

Pembiayaan peribadi yang dipohon boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan seperti penyatuan hutang, pengubahsuaian rumah, melanjutkan pelajaran, pelaburan dan sebagainya.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai kempen ‘Keuntungan Berganda’ hari ini. Mohon sekarang!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, layari sesawang BSN di www.bsn.com.my.

Permohonan boleh dibuat dengan melayari https://bit.ly/MyEzBSN

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI