fbpx

Kanak-kanak sembunyi bawah rel ketika kereta api melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada kanak-kanak tersebut tidak sempat keluar dari bahagian dalam rel ketika sebuah kereta api dilihat sedang bergerak laju ke arah mereka. – Instagram @Infocimahi.co

JAKARTA – Seorang lelaki merakam aksi nekad sekumpulan kanak-kanak yang bermain di bawah rel kereta api ketika pengangkutan awam itu bergerak laju menuju ke arah mereka, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kota Cimahi, wilayah Jawa Barat, kelmarin.

Berdasarkan klip video yang dirakam oleh seorang lelaki bernama Gugum, 42, dia terdengar bunyi seperti kanak-kanak bergaduh di sekitar landasan kereta api.

Ketika ditinjau, dia melihat lima kanak-kanak sedang cuba memasuki bahagian bawah rel kereta api sebelum menegur dan mengarahkan mereka untuk kembali ke tepi landasan.

Bagaimanapun, dua kanak-kanak tersebut tidak sempat keluar dari bahagian dalam rel ketika sebuah kereta api dilihat  bergerak laju menuju ke arah mereka.

“Saya sempat memberitahu mereka supaya jangan keluarkan kepala kerana bimbang digilis kereta api,” kata Gugum.

Sebaik sahaja kereta api itu berlalu dari situ, dua kanak-kanak tersebut keluar dari bahagian bawah rel dan lari lintang pukang.

Dalam perkembangan berkaitan,  Pengurus Perhubungan Awam Daerah Operasi 2 Bandung PT KAI, Kuswardoyo mengesahkan kejadian itu.

“Tindakan kanak-kanak itu tidak seharusnya dicontohi. Ia membahayakan bukan sahaja kereta api tersebut, bahkan nyawa mereka sendiri.

“Kita tahu bahawa landasan kereta api bukanlah lokasi untuk bermain dan melakukan aktiviti harian,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI