fbpx

Husna Solehah selamat disemadikan di Kaherah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Kedutaan Besar dan warga Malaysia di Mesir menunaikan solat jenazah di Tanah Perkuburan Malaysia Mesir di Bilbies, Kaherah semalam. /IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Jenazah Allahyarham Husna Solehah Mohd. Salleh selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Malaysia Mesir di Bilbies, pinggir ibu negara tersebut, Kaherah semalam.

Menurut kenyataan terkini Kedutaan Besar Malaysia di sana, proses pengebumian pelajar yang berasal dari Kelantan itu selesai kira-kira pukul 10 pagi (4 petang waktu Malaysia) Sabtu.

“Urusan pengebumian itu juga dikongsi bersama keluarga di tanah air secara panggilan video,” katanya menerusi hantaran di laman sosial rasmi kedutaan itu.

Duta Besar Malaysia, Zamani Ismail juga berkesempatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pelajar itu dan mereka turut merakamkan terima kasih atas bantuan kedutaan.

Allahyarham merupakan penuntut tahun ketiga jurusan pergigian di Universiti Alexandria di Iskandariah, sebuah bandar pelabuhan terkenal yang terletak 250 kilometer dari Kaherah.

Allahyarham yang berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 8 malam kelmarin ketika menjalani rawatan penyakit Tuberkulosis di unit rawatan rapi Hospital Elite di Iskandariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI