fbpx

Ada yang nak ‘tala’ mercun roket ke muka saya – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA SANDHA mengakui banyak menerima kecaman susulan lakonan watak perampas suami orang menerusi drama Khilaf Asmara.

PETALING JAYA – Kehebatan aktres Fasha Sandha membawa watak wanita perampas dalam drama Khilaf Asmara ternyata mengundang amarah dan kebencian ramai.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, menerusi satu hantaran Instagram memberitahu menerima terlalu banyak kata-kata negatif, luahan trasa geram daripada netizen terhadap sejak beberapa hari lalu.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai Hanimsya. Maafkan kalau karakter pada waktu petang dan malam ada berbeza.

“Terima kasih menonton walaupun ramai yang carutkan, hendak sepak, pukul dan pecahkan televisyen. Malah ada juga nak nyalakan mercun roket dan tala (halakan) pada wajah saya,” katanya.

Ingin menyejukkan semula hati para penonton, ibu kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan segala yang diperlihatkan menerusi drama berkenaan hanyalah mengikut skrip. Terjemahan karakter sebagai mana yang disaksikan hanyalah tugas yang dijayakan dan bukanlah sikap dalam kehidupan realiti.

Menerusi hantaran tersebut, dia yang juga pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu turut memuat naik beberapa tangkap layar komen dan kecaman netizen dalam Twitter mengenai karakternya.

“Ini semua skrip dan lakonan semata-mata. Pandang dari sudut positif dan mampu memberikan banyak teladan buat semua.

“Kepada yang beremosi, maafkan saya. Banyak yang saya tak dapat nak letak di sini sebab carutan terlalu ekstrem (tangkap layar komen). Saya akan pujuk diri sendiri,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kosmo! pada 15 April lalu melaporkan Fasha sedia berdepan kecaman kerana membawakan watak wanita perampas yang ‘daring’ dalam drama bersiri lakonannya, Khilaf Asmara.

Selain Fasha, Khilaf Asmara turut dibintangi Nelydia Senrose, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI