fbpx

Rossa trauma disiasat polis kes wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSA

JAKARTA – Penyanyi terkenal Rossa trauma untuk mengambil tawaran membuat persembahan pentas selepas tidak semena-mena terpalit dengan sebuah syarikat haram, DNA Pro atas dakwaan terlibat dengan kes penipuan wang secara online.

Menurut laporan Detik Hot, Rossa atau nama lengkapnya Sri Rossa Roslaina Handiyani telah disoal siasat selama lebih dua jam untuk membantu siasatan polis.

Penyanyi berusia 43 tahun itu tidak menyangka terkait dengan kes tersebut sehingga disiasat polis. Dakwanya, dia tidak tahu menahu tentang penipuan tersebut.

“Saya tidak bersalah. Saya hanya terlibat selepas diundang untuk membuat persembahan dalam sebuah majlis anjuran syarikat tersebut (DNA Pro). Seingat saya majlis itu diadakan di Bali pada tahun lalu,” kata Rossa.

Ujar pelantun lagu Pudar itu lagi, selain dirinya, terdapat beberapa penyanyi terkenal lain yang turut diundang untuk membuat persembahan pada waktu tersebut.

“Ada beberapa artis lain turut diundang antaranya kumpulan GIGI. Selebihnya saya tidak ingat,” katanya

Gara-gara terlibat dengan kes melibatkan wang haram, Rossa tidak kisah jika perlu mengembalikan semula wang bayaran yang diterima ketika dibayar untuk membuat persembahan tersebut.

“Kalau memang perlu dikembalikan (wang), saya akan kembalikan semula jumlah yang telah saya terima,” katanya yang mengakui trauma dengan kejadian tersebut.

Sekadar info, DNA Pro merupakan sebuah syarikat yang menjalankan pelaburan saham secara online.

Aktiviti penipuan syarikat tersebut mula dihidu sejak awal April lalu melibatkan kerugian sekitar RM23 juta.

Selain Rossa, antara selebriti lain yang turut dipanggil memberikan keterangan ialah pengacara dan pereka fesyen, Ivan Gunawan, Billy Syahputra dan pasangan sensasi, Rizky Billar serta isterinya, Lesty Kejora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI