fbpx

Menangi ATIVA, tambahan duit raya serta pulangan tunai dengan Boost!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sempena bangkitkan semangat dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Boost akan menampilkan iklan Raya pendek bertajuk ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’.

Lebih menarik, pelbagai promosi “KebangkiTEN Raya” ditawarkan daripada aplikasi Boost termasuk duit raya percuma, sebuah Perodua Ativa, Vespa dan pelbagai ganjaran hebat yang lain.

Ingin tahu bagaimana Boost dan Ejen Ali mengembalikan semangat perayaan, pastikan anda membaca artikel ini sehingga penghujung untuk menyaksikan KebangkiTEN Raya ni, serta ketahui pelbagai promosi hebat ditawarkan Boost.

Pelbagai ganjaran ditawarkan

Bermula 15 April sehingga 30 Jun, Boost akan memberi ganjaran hebat iaitu pulangan tunai hingga RM20 serta berpeluang memenangi Perodua Ativa dengan membayar melalui UnionPay QR dengan aplikasi Boost e-dompet.

Antara kedai dan pasar raya terlibat termasuk Econsave, TF Value-Mart, eco-shop, Sports Direct, Jakel, Petron, SOGO dan banyak lagi.

Selain berpeluang memenangi kereta baharu pada Aidilfitri ini, anda juga berpeluang memenangi Vespa serba baharu dengan peraduan Pick & Win. Terdapat tiga variasi warna yang boleh dipilih untuk dipadankan dengan gaya anda.

Pengguna memperoleh Boost Stars untuk setiap pembayaran yang dibuat melalui Boost dan lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak Boost Stars anda peroleh.

Dengan Boost Stars, anda boleh menukarnya dengan mudah untuk menyertai Pick & Win dan menggunakannya untuk menebus gajet, barangan rumah dan banyak lagi daripada Katalog Ganjaran BoostUP.

Lebih banyak penyertaan yang anda buat, lebih banyak peluang untuk memenangi hadiah seperti Vespa, iPhone 13, Komputer Riba Permainan MSI dan banyak lagi.

Mahukan Vespa sekarang tanpa tunggu peraduan? Jangan lupa membeli di kedai Dreamshop bermula 18 April sehingga 30 Jun untuk menikmati 10x Boost Stars, serta berpeluang menerima Dompet Dreamshop RM500 percuma untuk beli-belah Raya anda.

Tambahan eDuit Raya hingga RM10 untuk pengguna

Selepas dua tahun tidak dapat berjumpa orang yang tersayang, pasti sudah terbiasa dengan pemberian duit raya dari jauh.

Dengan Boost, anda kini boleh menghantar dan menerima eDuit Raya melalui DuitNow kepada semua rakan dan keluarga anda, tanpa mengira bank atau eWallet yang mereka gunakan!

Lebih menarik, pengguna akan menikmati duit raya tambahan hingga RM10 dalam masa tujuh hari bekerja daripada Boost apabila menerima RM5 eDuit Raya melalui DuitNow.

Apa yang anda perlu lakukan adalah memastikan anda mempunyai Premium Boost Wallet dan pautkan bayaran DuitNow dengan aplikasi Boost anda. 

Masih menggunakan Dompet Asas? Naik taraf secara percuma dengan pergi ke Profil anda, mengetik pada “Dompet Saya” dan hanya memberikan butiran untuk mengesahkan identiti anda. 

Pulangan tunai RM100 dan 10x Boost Stars

Jika sebut mengenai Raya, pasti terbayang pelbagai juadah rasa yang tersedia. Dengan aplikasi Boost, pengguna boleh menikmati pulangan tunai hingga RM10 apabila anda memesan jamuan berbuka puasa kegemaran dan membeli-belah keperluan raya.

Antara kedai terpilih termasuk McDonald’s, Giant, CU Mart, KFC, MR. DIY., Lotus’s, Parkson, MYDIN, Isetan, Bata dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, nikmati hingga RM100 pulangan tunai apabila anda membeli-belah dalam talian dengan WOWSHOP, ZCITY dan ePheeLive.

Bahkan, anda juga boleh nikmati sehingga 10x Boost Stars (10x setiap pengguna) apabila anda membeli-belah dalam talian dengan Watson’s Online, Zalora, JD Sports Online, Happy Fresh, KFC Online, Pensonic, Famsy Mall dan banyak lagi.

Buat kebajikan di bulan mulia

Sempena bulan Syawal yang mulia, Boost mengajak semua orang untuk KebangkiTEN Raya dengan membantu mereka yang memerlukannya.

Untuk setiap RM10 yang anda dermakan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan terpilih, Boost akan menderma RM1.

Jika anda masih belum membayar zakat, anda boleh melakukannya dengan mudah dari rumah dengan ciri eZakat Boost.

Iklan raya KebangkiTEN Raya

Tahun ini, iklan raya terbitan Boost, ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’ menyampaikan mesej tersirat bagi menaikkan semangat raya anda selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama tersayang.

Mengisahkan Abu dan sembilan rakannya yang berbaju sedondon merah menjalankan pelbagai misi untuk menyediakan hidangan tradisional raya, mendapatkan tawaran terbaik untuk baju raya dan menghiasi rumah dengan kemudahan dan tawaran hebat yang diperoleh melalui aplikasi Boost.

Jika nak tahu bagaimana kesudahan kisah mereka, jangan lupa tonton sehingga habis dan rasai sendiri nikmat untuk beraya tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN