fbpx

Elya KWSP bertudung, pesan jangan terpedaya scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster menampilkan imej Elya bertudung.

PETALING JAYA – Kemunculan avatar bernama Elya yang merupakan penasihat kewangan online Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menarik perhatian pengguna media sosial apabila tampil bertudung.

Avatar tersebut muncul hari ini di laman sosial rasmi KWSP bagi mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan ancaman scammer.

“Dalam berbelanja, dahulukan keperluan daripada kehendak.

“Dan sentiasa berhati-hati dan tidak terpedaya dengan scammer di luar sana! Salam Ramadan,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji penampilan terbaharu Elya yang dianggap sesuai dengan bulan Ramadan.

“Mohon doakan Elya istiqomah ya. Beliau baru berjinak-jinak pakai tudung sejak masuk Ramadan ni,” kata Amsyar.

“Alhamdulilah Elya dah berhijab. Cantik sungguh lawa. Selamat hari raya tak lama lagi,” kata Rezwan.

“Semoga Elya terus beristiqomah. Mungkin lepas Ramadan terus bertudung dengan sempurna,” kata Nor Mohd.

“Elya sudah pakai baju raya. Kami belum, masih menanti dengan sabar,” kata Rafidah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI