fbpx

Yoo Jung-ho, Cha Hee menunggu hari bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN Yoo Jung-ho dan Cha Hee pada 5 Mei nanti.

PELAKON yang sama-sama membintangi drama Bulgasal, Yoo Jung-ho dan Cha Hee dilaporkan akan berkahwin pada bulan depan, seperti dimaklumkan agensi mereka.

Pada 16 April lalu, agensi Jung-ho iaitu IOK Company secara rasmi mengesahkan bahawa artis naungan mereka itu akan berkahwin dengan Cha Hee pada Mei depan.

“Memang benar Yoo Jung-ho dan Cha Hee akan berkahwin. Pasangan itu akan berkahwin pada 5 Mei,” kata agensi.

Difahamkan, Jung-ho dan Cha Hee sudah menjalin hubungan selama tujuh tahun selepas mula mengenali hati budi masing-masing sebagai sahabat.

Jung-ho memulakan debut pada 2007 dan mencipta populariti sebagai watak Ketua Kim dalam drama fenomena Crash Landing On You. Cha Hee pula menuai perhatian menerusi kemunculan drama The One and Only.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI