fbpx

Suspek tetak empat beranak diberkas, positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek

KOTA TINGGI – Selepas enam hari bersembunyi, suspek kes tetak empat beranak di Kampung Sedili Kecil, di sini minggu lalu akhirnya berjaya diberkas di Kulai pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, hasil saringan air kencing mendapati suspek berumur 38 tahun itu turut positif dadah.

“Bertindak atas maklumat pada pukul 11.50 pagi, suspek yang merupakan seorang lelaki Melayu berumur 38 tahun telah berjaya dikesan di Jalan Persiaran Indahpura 4 sebelum ditangkap.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamin dalam saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, susulan itu suspek akan direman di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 April di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI