fbpx

MBMB digesa selesai isu gagak dengan muzik, besi tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bahu jalan di sekitar Banda Hilir berdekatan Sungai Melaka yang dibanjiri najis burung gagak.

MELAKA – Kerajaan negeri digesa menyelesaikan isu ribuan burung gagak di lokasi tumpuan pelancong dengan menggunakan kaedah pembesar suara bermuzik dan besi tajam seperti dilaksanakan di negara-negara maju.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, kaedah tersebut dilihat boleh menyelesaikan sehingga 50 peratus masalah burung gagak di negeri ini.

“Banyak penyelesaian boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan mengambil contoh kawalan burung gagak yang digunakan di negara maju lain termasuk Singapura dan Jepun.

“Antaranya memasang pembesar suara bermuzik untuk menghalau burung gagak dan meletakkan besi tajam di pokok bagi mengelak haiwan itu dari bertenggek,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, masalah burung gagak di lokasi tumpuan pelancong itu dilihat semakin membimbangkan sehingga mencetuskan ketidakselesaan para pelancong ketika berjalan kaki melalui kawasan berpokok.

Ujarnya, antara lokasi yang dicemari burung gagak termasuklah di sekitar Bangunan Stadthuys, Kota Laksamana dan Banda Hilir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI