fbpx

6,069 kes Covid-19, 12 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 6,069 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,402,234 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 110 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (3,180 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Negeri Sembilan (470 kes), Perak (265 kes), Pulau Pinang (237 kes), Melaka (225 kes), Johor (179 kes), Sarawak (160 kes), Kedah (124 kes) dan Terengganu (124 kes).

“Seterusnya, Kelantan (49 kes), Pahang (90 kes), Sabah (79 kes), Putrajaya (47 kes), Perlis (enam kes) dan Labuan (empat kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, sebanyak 12 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,449 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,497 kes.

Sebanyak 92,039 kes aktif dilaporkan melibatkan 89,698 kes dikuarantin di rumah, 256 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,988 kes di hospital, 33 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 64 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI