fbpx

6 terbunuh dalam letupan bom sasar sekolah Syiah di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa letupan bom sebuah sekolah lelaki di Kabul dimasukkan ke dalam ambulans untuk menerima rawatan di hospital. - Getty Images

KABUL – Dua letupan bom di sebuah sekolah pelajar lelaki di ibu negara Afghanistan, Kabul  meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan mencederakan lebih 20 mangsa, lapor Badan Penyiaran Britain kelmarin.

Letupan berlaku di sekolah tinggi Abdul Rahim Shahid yang terletak di sebuah kawasan di barat Kabul yang dikuasai puak Syiah. 

Pegawai-pegawai  tempatan memberitahu,  jumlah korban dan mangsa yang cedera dijangka akan terus meningkat.

Pusat tuisyen berdekatan turut menjadi sasaran serangan bom tangan.

Setakat ini, tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut. Kejiranan Syiah itu kerap menjadi sasaran serangan militan Daesh sebelum ini.

Laporan awal menunjukkan pelajar dan kakitangan sekolah itu mungkin menjadi sasaran pengebom berani mati tetapi jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran berkata,  bahan letupan buatan sendiri telah ditinggalkan di luar sekolah.

“Ini hanyalah angka awal. Kami masih berada di lokasi kejadian dan menunggu butiran lanjut,” katanya.

Menurut seorang pegawai yang tidak didedahkan identitinya, peranti bahan letupan itu diletakkan di dalam beberapa beg galas dengan sebuah beg galas itu diletupkan dalam kawasan  sekolah.

Sumber Hospital Muhammad Ali Jinnah di Kabul memaklumkan bahawa  pihaknya  menerima empat mayat dan 19 orang yang cedera setakat ini akibat  serangan tersebut.

Mangsa letupan lain sedang dirawat di tempat lain.

Seorang saksi kejadian memberitahu,  pelajar sedang meninggalkan kelas pagi apabila letupan berlaku.

Kawasan di mana serangan berlaku iaitu Dasht-e-Barchi, kerap menjadi sasaran serangan oleh militan Daesh  kerana sebahagian besar penduduknya berpegangan ajaran  Syiah. – Agensi 

Hazara adalah etnik minoriti dan agama yang sering menjadi sasaran kumpulan militan Sunni, yang menganggap mereka sebagai bid’ah.

Bid’ah adalah pembaharuan dalam Islam dengan sesetengah perbuatan diterima manakala yang lain bercanggah dengan ajaran agama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI