fbpx

Taliban arah kakitangan awam lelaki simpan janggut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Pengajian Tinggi Taliban, Abdul Baqi Haqqani bercakap semasa sidang media di Kabul pada 12 Januari lalu. - AFP

KABUL –  Pemerintah Taliban mengarahkan kakitangan lelaki di semua kementerian di Afghanistan untuk menyimpan janggut menjelang akhir Ramadan tahun ini, lapor laman berita Wion News semalam.

Menteri Pengajian Tinggi Taliban, Abdul Baqi Haqqani menerusi kenyataan di laman Twitter memaklumkan, arahan tersebut dibuat oleh Emir Emiriah Islam Afghanistan, Sheikh Haibatullah Akhundzada.

Arahan sama turut menyatakan bahawa tempat kerja untuk pekerja lelaki dan wanita wajib diasingkan.

Tiada pekerja lelaki dibenarkan pergi ke koridor pekerja wanita atau sebaliknya, tambah kenyataan itu.

Baqi seterusnya meminta peraturan pemakaian hijab yang sempurna mengikut syariat Islam wajib dipatuhi.

“Pekerja lelaki perlu menyimpan janggut dan tidak dibenarkan pulang bekerja tanpa memakai apa-apa di kepala. 

“Peraturan di atas juga berkuatkuasa kepada semua guru dan pelajar universiti di Afghanistan,’’ jelas beliau.

Taliban cuba mengenakan pelbagai dasar sejak menguasai di Afghanistan tahun lepas. Awal bulan lalu, Taliban telah mengharamkan penanaman narkotik di Afghanistan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI