fbpx

Orang ramai penuhi pusat beli-belah, manfaatkan cuti umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian orang awam mengambil peluang cuti umum Nuzul Al-Quran dengan mencari keperluan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang di Bangi Sentral, Kajang. /FOTO AMIR KHALID

PETALING JAYA – Ribuan orang ramai mula keluar membeli barang keperluan sebagai persiapan menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menerusi tinjauan Kosmo! di sekitar Lembah Klang, rata-rata pusat beli-belah dipenuhi pelanggan dan keadaan semakin sesak sejak pukul 12 tengah hari tadi.

Ia berikutan, hari ini merupakan cuti umum sempena Nuzul al-Quran dan kebanyakan syarikat tidak beroperasi menjadikan orang ramai memanfaatkan peluang yang ada untuk membuat persiapan pada minggu ketiga Ramadan.

Berkongsi cerita, seorang suri rumah yang ingin dikenali sebagai Aziah, mengambil peluang keluar bersama keluarganya bagi membeli pakaian raya.

“Hari ini suami cuti, anak-anak pun tak sekolah, dan kami ambil peluang untuk beli baju raya, risau kalau hujung minggu akan lebih sesak,” katanya ketika ditemui tadi.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di media sosial juga mendapati orang ramai berkongsi gambar dan video memaparkan situasi mereka memilih pakaian raya dan ada yang terpaksa beratur panjang ketika ingin membuat pembayaran di kaunter.

Selain itu, ada yang meluahkan kemeriahan dan kesesakan seperti ini amat dirindui kerana selama dua tahun mereka tidak dapat merasai pengalaman tersebut ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Rasa seronok pula sesak-sesak macam ini, rindu betul suasana meriah orang ramai keluar buat persiapan raya, walaupun kering tekak juga nak memilih, beratur apa, syukur dapat rasa nikmat seperti ini lagi,” tulis Dahlia Anuar di hantaran Facebooknya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI