fbpx

Guna wang samun beli arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video perbuatan suspek menyamun kedai serbaneka, Ahad lalu.

KLANG – Suspek kes samun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa dekat sini baru-baru ini dipercayai menggunakan hasil samun tersebut bagi membeli arak.

Perkara itu terbongkar hasil siasatan terhadap suspek berusia 45 tahun yang berjaya ditahan pukul 12.30 tengah hari tadi di Bandar Puteri di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut.

“Selepas menyamun, suspek terus keluar daripada kedai itu dan terus menghala ke Bandar Puteri dengan berjalan kaki.

“Wang samun itu telah digunakan suspek untuk membeli makanan dan arak selama dua hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambah Hoong Fong, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan di Mahkamah Klang esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki mabuk sempat meminta sejumlah wang atas alasan dirinya telah dirompak sebelum melarikan RM233.15 dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Dato Yusuf Shahbudin 30 Taman Sentosa, dekat sini, Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI