fbpx

Waspada taktik terbaharu sindiket tawar ‘Home Improvement Grant’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sindiket penipuan dikesan menggunakan taktik baharu bagi menipu orang ramai dengan menawarkan geran kewangan ‘Home Improvement Grant’.

Mereka akan mendapatkan data peribadi menerusi kaedah ‘phishing’ melalui hantaran mesej di laman sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, berdasar risikan yang dilakukan, pengguna laman sosial akan menerima mesej daripada individu tidak dikenali.

“Individu itu akan menawarkan geran kewangan dikenali sebagai ‘Home Improvement Grant’ yang didakwa sebagai program dikendalikan beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama Bank Dunia untuk membantu golongan memerlukan dari segi bantuan kewangan.

“Jika berminat, pemohon diminta mengisi maklumat peribadi termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, status perkahwinan dan beberapa maklumat lain yang dinyatakan di borang permohonan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada laporan yang diterima pihaknya berkaitan kegiatan itu setakat ini.

“Adalah diingatkan bahawa tindakan mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali adalah perbuatan yang merbahaya.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada kerana maklumat peribadi adalah data yang berpotensi untuk disalah guna jika ia diperolehi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mahu mendapatkan permohonan bantuan atau geran daripada pihak kerajaan supaya membuat semakan terus dengan agensi mahupun kementerian berkaitan.

Sebarang nasihat atau kemusykilan berkaitan jenayah komersial, orang ramai boleh merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI