fbpx

Ramai ‘ceti’ ingatkan pencarum bayar hutang, baru belanja raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu hantaran yang dikongsikan oleh pengguna Facebook

PETALING JAYA – Tindakan segelintir pengguna memuat naik hantaran mengingatkan orang ramai yang bakal mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka untuk mendahulukan bayaran hutang sebelum membuat perbelanjaan lain.

Ini temasuklah berbelanja persiapan menyambut raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Seorang pengguna Facebook, Khatijah Ginda sudah tidak sabar untuk menunggu peminjam membayar hutang kerana katanya, mereka berjanji akan melunaskan kesemua bayaran tersebut setelah mendapat wang KWSP.

“Tak sabar nak tunggu orang bayar hutang, dia cakap duit KWSP masuk terus bayar, harap kali ini boleh percaya la,” tulisnya pada hantaran semalam.

Sementara itu, Azrul Yazid juga memetik beberapa nama rakannya di Facebook serta mengingatkan mereka mengenai hutang yang belum dibayar.

“Faiz, Kamarul dab Bob, semalam korang ‘update’ status luah syukur permohonan KWSP lulus, hutang kedai makan, hutang beli kasut baru, jangan buat-buat lupa, aku masih simpan dalam buku, nanti aku bacakan,” ujarnya.

Sementara itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk menggunakan wang KWSP terhadap perkara yang menguntungkan dan lebih penting seperti menjelaskan bayaran hutang atau bil tertunggak sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI