fbpx

TFC II atasi Kelantan United 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jordan Mintah (kanan) meraikan jaringan bersama rakan pasukannya dalam aksi Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam tadi.

KUALA NERUS – Jaringan tunggal Jordan Mintah sudah memadai untuk Terengganu FC (TFC) II mengatasi Kelantan United 1-0 dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan diraih itu membolehkan anak-anak buah Badrul Afzan Razali kembali ke landasan kemenangan untuk melonjak ke tangga keempat dengan mengumpul enam mata dari tiga perlawanan.

Beraksi di gelanggang sendiri, TFC II mula mencemaskan kubu Kelantan United menerusi sepakan percuma Amirul Syazwan Nor Azmi yang tersasar ke sebelah tepi pada minit kesembilan.

Kem tuan rumah hampir diceriakan gol pembukaan pada minit ke-33 malangnya tandukan Nur Azfar Fikri Azhar hasil sepakan sudut Amirul Syazwan sekadar tinggi melepasi pintu gol.

Berpunca hantaran jauh Luke Woodland, TFC II memecahkan kebuntuan selepas Mintah bijak melepasi kawalan tiga pertahanan pelawat sebelum tenang melakukan penyudah pada minit ke-45.

Aksi babak kedua berlangsung perlahan dengan Kelantan United hanya mampu menguji kubu TFC II melalui Njoku Jacob pada minit ke-67 namun percubaannya berjaya dihalang pertahanan tuan rumah.

Kedudukan 1-0 memihak TFC II kekal sehingga tamat sekaligus memaksa Kelantan United pulang ke Kota Bahru dengan tangan kosong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI