fbpx

Simpan mercun dalam rumah ibadat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kotak mercun yang berjaya ditemui di sebuah tokong di Parit Limbong, Parit Jawa, Muar hasil Ops Kontraban tengah malam tadi.

MUAR – Seorang penjaga rumah ibadat di sebuah tokong di Parit Limbong, Parit Jawa, di sini, ditahan polis selepas dipercayai berperanan sebagai pengedar mercun di sekitar daerah ini.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam tadi, suspek berusia 58 tahun itu ditahan dalam Ops Kontraban bersama puluhan kotak besar mengandungi mercun yang disimpan di premis terbabit.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA), Deputi Superintendan Salehin Suleiman berkata, sejumlah 92 kotak besar berwarna coklat yang mengandungi pelbagai jenis mercun ditemui dalam serbuan tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki lesen menyimpan dan permit menjual mercun yang sah. Jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM213,000.

“Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pengedaran dan penjualan mercun di sekitar ini dengan menjadikan rumah ibadat sebagai stor penyimpanan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga-peniaga kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957 dan suspek kini reman bagi membantu siasatan.

Salehin menyeru orang ramai agar untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis bagi mengekang sebarang aktiviti menyalahi undang-undang melalui talian hotline 06-9866121 ext 3030 Pejabat Risik / Gerakan Batalion 6 PGA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI