fbpx

Kelantan FC puas lebarkan cengkaman pendahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelantan FC ketika ini gah mendahului carta Liga Premier musim ini dengan 12 mata susulan kemenangan ke atas Perak FC semalam. - Foto ihsan Facebook TRW

IPOH – Penggendali Kelantan FC The Red Warriors (TRW), Rezal Zambry Yahya gembira dengan cara amak buahnya bangkit untuk mengatasi Perak FC 3-1 dalam saingan Liga Premier di Stadium Perak, semalam.

Menurut ketua jurulatih TRW itu, kesungguhan pemain pada babak kedua adalah faktor membantu mereka perolehi kejayaan kedua berturut-turut setakat ini.

“Perak memberi saingan sengit kepada kami termasuk mendahului di separuh pertama.

“Bagaimanapun pemain saya berjaya bangkit di separuh kedua. Tahniah saya kepada mereka,”katanya.

Menurut Rezal, kejayaan anak buahnya memanfaatkan situasi bola mati turut menjadi kelebihan kepada TRW.

“Ada kala keberkesanan semasa mengambil sepakan percuma boleh membantu kejayaan.

“Ketika menentang UiTM tempoh hari, Kelantan memperolehi tiga jaringan melalui sepakan percuma. Jadi ia elemen penting, ” katanya.

Jurulatih itu berkata setakat ini dia masih membuat percubaan terhadap kesebelasan utama pasukan.

“Saya tidak boleh mengatakan barisan yang diturunkan dalam perlawanan ini adalah yang terbaik kerana masih membuat eksperimen terhadap gandingan yang diturunkan.

“Apa yang pasti gandingan yang menghasilkan mata penuh dalam perlawanan itulah yang terbaik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI