fbpx
DESHANT Adhikari telah akur memilik ekornya yang berbulu. - Agensi Berita Caters

Remaja tumbuh ekor dianggap penjelmaan dewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU – Seorang remaja lelaki di Nepal dianggap sebagai penjelmaan semula dewa selepas dia tular dalam aplikasi TikTok kerana memiliki ekor berbulu yang tumbuh pada belakang badannya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Deshant Adhikari, 16, tular kerana memiliki ekor sepanjang 70 sentimeter (sm) yang dijalin sehingga membuatkan penduduk tempatan di kampung halamannya terpegun. 

Bulu berkenaan mula dikesan oleh ibu bapanya sejurus selepas dia dilahirkan.

Deshant berkata, dia pada awalnya malu dengan bulu tambahan itu dan pernah menyembunyikannya daripada orang lain.

Semasa masih kecil, ibu bapa Deshant membawanya ke hospital dan kemudahan tempatan di luar negara dalam usaha untuk mendapatkan rawatan. 

Bagaimanapun, seorang sami tempatan telah membuat ekor itu dilihat dari sudut yang berlainan. 

Paderi itu mencadangkan bahawa Deshant adalah penjelmaan semula dewa, menyebabkan mereka lebih menerimanya, lapor akhbar The Mirror.

“Ibu bapanya tidak tahu keadaan itu sehingglah dia dibawa pulang dari hospital selepas lima hari dilahirkan. Mereka membawanya ke beberapa hospital untuk dirawat, namun gagal untuk menghalang ekornya daripada tumbuh.

“Sami itu menasihati mereka untuk tidak menyikat atau menggunakan sebarang alat untuk memotong ekor itu. Mereka kemudian membiarkan ekor itu tumbuh secara semula jadi dan berhenti mendapatkan rawatan,’’ jelas seorang pembuat filem, Puskar Nepal setelah menemu bual Deshant.  – Agensi

POPULAR