fbpx
BAMPAR hadapannya berjeriji gril interlock baharu dengan cetakan tulisan NAVARA di atasnya.

Pikap Navara Pro-4X ranggi, bercermin singkir bunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARI ini genap dua tahun Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) melancarkan varian flagship trak pikap Navara Pro-4X di Malaysia.

Baru-baru ini penulis telah diberi peluang untuk memandu uji kenderaan pikap dengan gaya yang ranggi itu selama beberapa hari.

Penulis tidak menafikan, karakter luaran model ini berjaya menarik perhatian orang di sekitar yang menoleh untuk memandangnya terutama bagi model berwarna kelabu (Stealth Grey).

Penulis mulakan cerita pandu uji ini dari bahagian luarannya dahulu. Kenderaan ini mempunyai panjang 5,260 milimeter (mm), lebar 1,875mm dan tinggi 1,855mm sebagai dimensi keseluruhannya.

Rekaan bampar hadapan dengan jeriji gril interlock baharu berwarna hitam dengan cetakan ‘NAVARA’ di atasnya memberikan imej ranggi.

Penggunaan logo Nissan berlatar warna hitam di hadapan dan bahagian belakang memberikan kesinambungan watak agresif pikap trak ini.

Pada sebelah bawah bampar pula sedikit kemasan berwarna hitam dan jingga mampu menyerlahkan karakternya.

Lampu hadapannya pula tambah terserlah kerana menggunakan jenis Quad LED projector dan lampu nyalaan siang rekaan C.

JENTERA ini mempunyai panjang 5,260mm.

Bagi bahagian sisinya pula, penggunaan warna hitam pada cermin sisi, pemegang pintu, pemijak sisi dan rim aloi Pro-4X bersaiz 17 inci menambah pesonanya. Pikap ini juga menggunakan tayar jenis All-Terrain (255/65). Menarik kan?

Dapra hitam turut diperkemas dengan kemasan warna jingga.

Bahagian belakangnya pula dilengkapi sistem Utili-Track Channel baharu dengan dua saluran dan empat cangkuk aluminium tahan lasak untuk mengikat muatan yang dibawa.

Sebelah belakang pula menggunakan lampu LED dengan reka bentuk C yang memberikan imej moden.

CIRI Tailgate Assist baharu membantu membuatkan pintu ruang kargo belakangnya lebih ringan untuk dibuka dan ditutup.

Ciri Tailgate Assist baharu membantu membuatkan pintu ruang kargo belakangnya lebih ringan untuk dibuka dan ditutup.

Masuk ke ruang kabin, awalnya penulis berasa tiada perubahan ketara pada bahagian ini, selain tempat duduk semi buket yang diinspirasikan daripada graviti sifar (Zero Gravity Inspired Seats) dibalut kulit berwarna hitam bersama sulaman logo PRO-4X dengan jahitan benang jingga.

Namun positifnya, bagi penulis, itu bukan perkara besar kerana rekaan dalaman pikap tersebut wajar kerana ia sudah sememangnya sedap mata memandang, cuma kurang segar bagi mereka yang pernah menaiki atau memandu model Navara lain.

RUANG di bahagian pemanduan yang kemas dan selesa dengan tempat duduk separa buket.

Selain itu, penulis dimaklumkan model ini menggunakan kaca laminasi akustik yang menyingkirkan bunyi pada cermin utama dan cermin tingkap hadapan sekali gus mampu menambah baik aspek kesenyapan ruang kabin.

Pemanduan Nissan Navara Pro-4X dirasakan lebih selesa terutama jika duduk di bahagian penumpang belakang kerana ia menggunakan suspense belakang jenis Multilink dengan Dual-Rate Coil Springs.

Sistem ini berfungsi untuk mengurangkan pergerakan badan kenderaan, manakala sistem Electronic Locking Rear Differential baharu pula berfungsi untuk mengunci kedua-dua roda belakang.
Ini membolehkannya berpusing pada kelajuan yang sama jika tersekat di laluan berpasir, berlumpur dan permukaan jalan yang mencabar.

Penggunaan enjin turbo diesel YD25 DOHC dengan transmisi automatik tujuh kelajuan berserta mod manual, bagi saya, sudah mencukupi.

Ini kerana, kombinasi itu sudah mampu menghasilkan kuasa maksimum 190PS pada 3,600rpm dan tork maksimum 450Nm pada 2,000rpm.

Ciri-ciri keselamatan pula antaranya terdiri daripada Vehicle Dynamic Control, Traction Control System, Active Brake Limited Slip Differential, Hill Start Assist, Hill Descent Control, Anti-Lock dan Braking System.

Turut hadir pada model ini teknologi Nissan Intelligent Mobility sedia ada.

Kesimpulannya, Nissan Navara Pro-4X ini kelihatan lebih lasak, bergaya dan dilengkapi pelbagai ciri pintar serta boleh dikategorikan pikap yang selesa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN